Sunday, December 12, 2010

~~ Sudah Hampir Masakah Buatku ~~

Dah hampir seminggu aku menahan kesakitan ini. Kenapa..? Sebelum ni tak pernah melarat sampai camni. Paling lama pun dua hari. Makan ubat, hilanglah....
Kesakitan ini berulang, berulang dan terus berulang... Sakitnya macam dah nak habis nyawa. Pi klinik ambil ubat, makan tapi tak mau juga hilangnya. Dalam tidur pun aku akan dapat merasakan  kesakitan tu.
Kenapa, dah nak sampai masanya dah ke? Dah nak mati ke aku ni? Pertanyaan itu sering berlegar di kotak fikiranku, tapi orang cakap semakin kita ingat nak mati, semakin lambatlah jawabnya ajal datang.
Uhhhh..., apa harus aku buat? Nak pi klinik lagi dah rasa malas. Naik fedup...!! Aku dah cuba cari punca kesakitan ni. Aku rasa penyakit 'gastrik' aku dah datang balik malah lebih serius dari yang dulu. Mestikah aku merujuk pada doktor pakar. Patutkah aku pergi dapatkan rawatan di hospital? Mestikah aku mendapatkan suntikan semula? Waaaaa...., tak mau aku!! Tak mau pi hospital, takut kena tahan pula.
Aduhhh...!! Terasa sesuatu menusuk ulu hatiku. Menyesakkan nafas aku. Sakitnya..!!! Mak, tolong aku...
Ohhh, mak dah tak ada, jadi pada siapa aku nak mengadu.
Biar.., biarlah aku tanggung sorang2 kesakitan ini. Kalau ditakdirkan aku akan mati kerana sakit ini, aku akan reda. Apapun apa yang aku harapkan, aku dapat melihat dulu kejayaan anak2 aku di dalam kehidupan mereka. Aku mahu melihat kejayaan dan kebahagiaan anak2 ku dalam senyuman yang penuh bermakna. Biarlah aku dapat pejam mata meninggalkan segala yang aku sayang dalam aman....

Thanks For Reading :)

No comments:

Post a Comment