Kelmarin balik aje dari kerja, aku dah mula terasa boring. Selalunya bila balik, anak aku Ayu dok tunggu aku kat kerusi rotan sambil menonton TV. Mendengar celotehnya yg meleret2 sudah menjadi kebiasaan aku. Tapi dah dua hari aku sepi dr itu semua. Hanya sms darinya aje yg menjadi teman aku.
Nak tau anak aku pi mana... Apa lagi ikut auntie (umi) dan uncle (abah) dia balik Kelantan. Dah lama sangat dia tak ikut diorang balik sana. Cik abang aku pula keluar kerja dari pagi sampai malam baru balik. Mungkin malam ni dia tak balik sebab pagi tadi sebelum pi kerja ada cakap nak tidur rumah mak dia. Dengan sapa aku nak berceloteh so kat sini ajelah tempat meluah perasaan.
Nasib baiklah aku dah ada blog, boleh juga dok merapu kat sini. Blog ni pun anak aku yang tolong buatkan. Nak harap aku buat sendiri.., memang aku tak tau apa2 pun. FB pun dia yg buat juga. Budak2 la ni bukan macam dulu.., semua depa dah tau. Aku nama aje kerja kat office... Beradap depan komputer tu dari pagi sampai time nak balik kerja tapi apapun tak tau. Yg tau tentang bab2 kerja ajelah....
Mujurlah esok anak aku dah nak balik dari Kelantan sebab auntie dan uncle dia dah nak kerja hari Isnin ni. Tak taulah apa yg dia dah belikan utk aku. Tadi sms cakap dah beli baju sekolah dua pasang. Harap2 dia balik awallah esok taklah aku terus rasa boring macam ni....
No comments:
Post a Comment