Friday, December 31, 2010

Good.Bye.2010 ~

~~ 01 Hb Jan 2011 ~ 09.00 pagi ~~ Sabtu ~~

Pagi2 lagi aku dah mengadap laptop (my blog)....

Sambil dok dengar carta lagu Sinar Fulamak... aku sempat meluahkan perasaan kat blog aku nieeee......... Apa azam aku tahun ni...2011.... Tahun lepas mana aku buat apa2 azam pun jadi tak kan tahun ni aku perlu ada azam baru...!! Perlukah ekkk..??

Apakah keinginan mempunyai sebuah keluarga yg bahagia, memiliki sebuah rumah idaman diletakkan dlm kategori "azam baru"... Itu bukannya azam baru tapi sebuah azam yg tidak kesampaian lagi...Mmmmhhhh.... Aku dah rasa bosan nak menyimpan sebarang harapan sbb kebanyakkannya tak pernah tercapai..
Aku pandang sekitar aku..., apa yg ada?? Semuanya tidak menjanjikan apa2 buat aku... KoSoNG..!!
Ku cuba lindungkan api keresahan

namun perasaan ini berapi di dalam... bla bla bla..... (Lamunan Terhenti....)

Kenangan2 lama mula berebut2 utk masuk ke kotak memori aku semula... Menghantui aku dgn cerita2 duka yg tak pernah2 sembuh hingga sekarang.... Makin bertambah parah..!! Inilah balasan yg aku terima di atas kedukaan orang lain.... SIAPAAAAA.....?? Biarlah ini semua menjadi rahsia hidup aku... Aku telah dibayar "Cash" di atas segalanya.........!!!

Selamat tinggal 2010 yg tidak menjanjikan apa2....

Tahun 2011...., apakah hasrat aku akan tercapai...!!??


AKU MENGHARAPKAN SESUATU YG LEBIH BERMAKNA AKAN AKU MILIKI DLM HIDUP INI ..... TAK INGIN AKU MENANGIS LAGI UTK SEBUAH KEHIDUPAN YG TIDAK MENJANJIKAN APA2 KEBAHAGIAAN. MAMPUKAH AKU...????

Thanks For Reading :)

Thursday, December 30, 2010

Cinta Monyet PART2

Aku benar2 dlm dilema ketika itu.... Siapa yg harus aku pilih ni.....!!??

Exboyfriend aku memandang dr jauh dgn penuh harapan... Aku pandang lgi surat di tangan.... Ketika itu hati aku berkata..." kalau skali dia dah pernah buat perangai curang pd aku, tak mustahil perkara yg sama akan berulang lgi.... Bila aku dah potong rambut, dah nampak comel (hahaha...masa tu aku terperasanlah pula), baru terhegeh2 nakkan aku semula..." Kawan yg menjadi posmen pun tidak begitu menggalakkan aku kembali semula kpd exboyfriend aku tu.... Ku pandang exboyfriend aku dan ku pandang kembali surat di tangan dan tiba2 tangan aku menjadi ringan aje....terus aku koyak surat itu dan mencampakkannya ke dlm tong sampah.... Kata putus telah aku buat.., tiada lgi rundingan. Puas hati Bebbbb....

Bermulalah episod 'percintaan' aku dgn boyfriend baru yg handsome tu..... You all tau...., mesti tak tau kan..!? Dgn raut wajahnya yg lembut, hidung yg mancung, senyuman yg manis dan romantik aku pasti ramai perempuan yg akan tergila2kannya. Aku pasti banyak saingan yg harus aku tempuhi utk memilikinya tapi aku silap.... Aku tak faham mengapa dia bukan dikatogerikan lelaki idaman perempuan.... Adakah kerana dia bukanlah seorang pelajar yg popular kerana tidak pandai... Adakah kerana dia dilahirkan dlm keluarga yg cukup sederhana...??

Aku sendiri tak tahu jawapannya dan aku pun tak mahu tahu kenapa..... Cukuplah kalau dia sudi menerima aku dgn sejujur2nya.....

Percaya tak..... Perhubungan kami berlanjutan sehingga 6 tahun.... Lamakan..!!! Kerjayanya sbgai seorang Polis Hutan menyebabkan kami jarang berjumpa..... Bila ada kesempatan berjumpa akan kami gunakan dgn sebaik2nya.... Dia memang seorg lelaki yg hebat maksud aku seorg lelaki yg sungguh sempurna...

Dia memang terlalu baik.... Tak pernah dia cuba mengambil kesempatan ke atas diri aku ini... Tak dpt aku gambarkan kebaikkannya terhadap aku.... Aku cuma dpt mengatakan berkali2 bahawa dia memang seorg lelaki yg sangat baik....

Namun siapalah kami utk menentukan segala2nya... Kami hanya merancang dan Dialah yg menentukan.... Tiada sebarang perbalahan, tiada sebarang persengketaan...... Hujan tidak, ribut pun tidak..... Tanpa kami sendiri sedari, hubungan kami terputus begitu saja...... Tau, tau aku telah pun bertunang..... Aduhai.....sayang seribu kali sayang..... Aku tak pernah menduga semua ini akan terjadi. Di saat aku meluahkan perasaan kat blog ini jugalah kedengaran lagu kegemaranmu yg kau tujukan pada aku di saat perhubungan kita terjalin.... "Suci Dalam Debu...." Air mata mengalir di pipi tidak dpt lagi aku tahankan.....Biarlah apa yg telah pernah kita lalui bersama menjadi satu memori yg cukup indah utk kita abadikan di hati.... Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya Kau Terlalu Istimewa Buatku....
Siapakah lelaki yg telah ditunangkan dgn aku...... Adakah lelaki ini aku kenal dlm hidup ini...? Apakah yg akan terjadi seterusnya.....?? Ikutilah kisah2 selanjutnya tentang memory hidup aku masa lalu di dalam blog aku ini.....


Thanks For Reading :)

Monday, December 27, 2010

Dia Dan Nasibku

Tangisan Yang Sia2



Sejak kebelakangan ini aku terasa hati ini sungguh sayu, hiba... Tiba2 tanpa aku sedari, air mataku mengalir ke pipi.... Aku spt merindui seseorg yg telah pernah aku kecewakan hatinya.... Aku hampakan harapannya.... Aku musnahkan impiannya.... Aku telah rosakkan segala2nya......!!!

Aku merindui masa lalu yg tak mungkin akan kembali lagi dlm hidup ini..... Musnah bersama kenangan2 "kejam" yg aku sendiri telah ciptakan..... Demi Allah..., kiranya aku tahu begini akan penyudahnya nasib aku, tak ingin aku relakan semua ini terjadi... Tak ingin aku ciptakan episod2 duka dan hitam dlm hidup ini....

Mengapa dulu aku tak pernah mahu memikirkan akan semua ini....?? Mengapa aku masih mahu mengejar impian2 indah yg tidak menjanjikan apa2 ketika itu....?? Mengapa bodohnya aku kerana tidak dpt menilai antara intan dan permata...!!?? Ya Allah....., apa dah jadi dgn hidup aku ini..??

Perlukah aku bersyukur dgn apa yg telah aku miliki sekarang..., perlukah? Ya..., aku sepatutnya bersyukur.... Bersyukur kerana aku telah mendpt pengajaran di atas apa yg telah aku lakukan... Terimalah dgn seadanya apa yg telah diberikan kepada aku kini.... Mungkin hanya ini yg layak buat aku miliki....

"Dia"....., maafkan aku di atas apa yg telah aku lakukan padamu... Aku menyesal.... dan ketahuilah olehmu kekadang terdetik di hati ini utk kembali padamu spt dahulu... Tapi mana mungkin ini akan terjadi kerana kau dan aku kini telah dimiliki.... Hanya doa aku akan sentiasa mengiringi hidupmu semuga kau akan sentiasa berbahagia di samping keluargamu.... Andai kata suatu hari nanti kita ditakdirkan akan bersama semula... hanya Allah jua yg mengetahui bahawa akulah insan yg paling bertuah dan bahagia di dunia ini....

Sampai Bila Aku Harus Begini


Thanks For Reading :)

Friday, December 24, 2010

Amy Oh Amy

Cute Amy 

Nor Amila atau Miela atau Amy......, semua panggilan ini utk orang yg sama... Kecil molek, rambut panjang mengurai, mata pasak, bibir yg munggil..., itulah Amy panggilan mesra aku padanya.

Kami jarang berjumpa namun aku terlalu sayang padanya. Rindu dan kasih aku padanya tak pernah padam malah suatu ketika dahulu aku sentiasa menangis kerana terlalu merindui akan dirinya. Rindu pd keletahnya, rindu pd suara dan tangisannya, rindu pd pelukannya dan rindu pd segala2nya....

Kini segalanya telah berubah... Amy telah pun dewasa namun perasaan aku terhadapnya tak pernah berubah. Bila berpeluang berjumpa dgnnya, ingin sekali aku memeluk dan mencium pipi nya, namun apakan daya aku utk menunjukkan kasih sayang ku ini padanya......

Amy..., kalau boleh aku ingin kembali kpdmu spt masa yg lalu..... Menikmati kehidupan bersamamu spt mereka2 yg lain.... Tapi....Uhhh... mana mungkin ini semua terjadi.. Mustahil....!!

Biarlah aku abadikan segala memori ini di lubuk hati ku. Mungkin kau tidak mengetahui apa yg aku rasa... Biarlah, biarlah..... Biarlah hanya Allah jua yg mengetahui akan perasaan aku ini terhadapmu yg akan sentiasa mekar sehingga aku menutup mata... Dan biarlah satu masa nanti kau akan mengetahui betapa aku sayang sangat padamu......Amy.....



Thanks For Reading :)

Thursday, December 23, 2010

Basikal

Eeeeee.....!!! Geram sangat2 aku kat mamat sorang ni. Ada ka patut ambik basikal aku tak reti2 nak hantaq balik. Aku bukannya apa... Basikal tu aku dpt masa 'Dinner Cabutan Bertuah'..., hadiah pertama youuuuu.... Basikal "Mountain Bike", harga dekat RM 400. Semua staff kat office dok rebut nakkan basikal tu tapi akulah yg bertuah sebab dapat kat aku.... Alih2 la ni basikal tu dah beralih tangan, mestilah aku marah giler beb....

Dah lah ambik tak reti nak minta, main "kebas" aje. Dia cakap "orang dah bagi dia, ambik la"... Tapi sendiri mau pikiaqlah...., sapa yg bagi?? Aku ka..!!?? Tolong sikit...

Lain kali tanya tuan yg empunya dulu boleh ambik ke tak....!!! Dulu motor macam tu juga, nama pinjam sat tapi berapa lama mau pinjam. Motor baru, orang lain bayar orang lain pula dok syok naik pi merata2... Sampai kena "terjah" baru nak mai hantaq. Takkan kali ni pun nak buat camtu... Bukan budak2 lagi nak kena cakap banyak2 kali...

Janji nak hantaq tapi minta sedikit masa.... Aku dah pun bagi masa tapi sampai la ni tak nampak2 rupa lagi basikal aku tu... Entah2 dah jadi rupa apa basikal aku tu yg sampai skrg dia tak mau hantaq tuuuu....

Susah sangat ke nak hantaq..!!!??? Masa nak ambik senang pula.... Ada ka patut disuruhnya tuan basikal pi ambik sendiri... Awat..!!! Dia ingat dia sapa..??? Pandai ambik, pandailah mai hantaq....hoooiii....!!!

Aku memang dah sampai tahap gaban marahnya ni... Asyik dok teringat pasai basikal tu... Selagi tak dapat selagi tulah aku dok bising... Kat Wall FB aku dah lepas tension, kat blog pun aku lagilah dok lepas tension pasai boleh tulis panjang2... Aku kalau boleh tak mau dok cakap pasai perkara ni sebab kesian kat isteri dia. Isteri dia baik dgn aku juga... Ada masalah kami akan berbincang, dah macam adik dgn kakak.

Tapi bila dah jadi macam ni, aku dah tak boleh sabaq sebab si mamat ni tak faham bahasa... Nak kena cakap bahasa apa pula pun tak tau laaaaaa......!!! Aku kalau tak dapat balik basikal tu, aku suruh dia bayaq balik, tak pun pi beli basikal yg serupa macam basikal aku tuuuuuuuuuuuuu....!!!! EEEEEEEEEEEE..... GERAMMMMMNNNYYYAAAAA............!!!!!!

Thanks For Reading :)

Sunday, December 19, 2010

~~ Cinta Monyet ~~


Cinta Monyet, kenapa gelaran ini diberi kpd budak2 sekolah yg sedang hangat bercinta ya!? Aku tak faham dan memang tak mau faham pun. Buat serabut kepala otak aje....
Aku seboleh2nya malaslah nak pikiaq pasal cinta2 ni. Walaupun aku dah berada dalam Tingkatan Empat, aku masih tak ada boyfriend. Bukan tak ada budak lelaki yg mau (dah tak larat dok tempis aje sbb ramai sangat).. Dari sejak aku sekolah rendah lagi dah ada budak lelaki yg gatal sangat dok gila kat aku. Sampai berani dok minta tolong kawan aku ambil rambut aku utk diberi pdnya. Yg kawan aku yg bodoh2 cerdik ni pula punya la nak menipu cakap ada uban kat atas kepala aku. Akhir sekali kantoi, tak sempat nak cabut rambut aku tu... Bodoh betoi la budak lelaki tu. Eeeeee....
Masa tingkatan satu dan dua, aku ingat nak enjoy aje. Tingkatan tiga pulun belajar sebab dah nak ambil periksa SRP (la ni dipanggil PMR). Alahai keputusan.... Walaupun lulus tapi taklah memuaskan...  Aku masuk Tingkatan Empat yg orang panggil "Tahun Honeymon"..., Nak tau kenapa...., tak payah ceritalah. Malas nak explain. Pi cari sendirilah ok.....!!
Masa tingkatan empat ni lah aku terjebak dgn cinta monyet. Tapi taklah serius sangat sehinggalah aku naik tingkatan lima. Aku ni memanglah tak reti langsung nak bercinta. Tengok org ada pakwe, aku pun nak try juga. Uekkkk..., memang lembap!!!
Si Botak tiga serangkai mai ke sekolah aku (SDOB) gara2 kena 'tendang' dr sekolah mereka Penang Free School sebab keputusan SRP mereka tak memuaskan langsung. Ada sorang mamat ni, baru mai sekolah ni dah berlagak 'macho'...rasa diri tu handsome sangatlah... (tapi dlm tiga orang si botak ni memang la dia yg paling handsome pun)... Masuk kelas bersebelahan dgn kelas aku la pula. Hari2 bila ada peluang dok mai usar budak kelas aku. Aku masa ni dok "terperasan" lebihlah pula, aku ingat dia dok usar aku rupanya kakak senior yg sorang lgi tu yg dia dok mengorat.....Waaaaaa....!!! Malu aku tapi nasib baik si botak tu tak tahu 
pun. Entah macamana tiba2 si botak tu beralih arah dok usar aku pula. Rupa2nya kakak tu dah reject dia awal2..hahaha. Padan muka..!!!
Tingkatan lima aku di tempatkan satu kelas dgn si botak ini (dah ada rambut pun). Bermulalah episod berutus surat...kahkahkah...!!! Satu kelas pun kena hantar surat juga, siap ada posmen lagi tu... Masalahnya berpunca dari aku sendiri...., tersangatlah pemalu dan penakutnya...kuakuakua... Tak berani langsung aku utk bersua muka dgnnya apatah lagi utk berbual. Sekali tu ada la pi tengok wayang tapi ramai2 tau, dengan member sekolah.... (Penakut cam aku mana boleh pi sorang2). Nak tau apa jadi...hahahahahaha....!!!!! Nak gelak besak la tu bila teringat masa tu. Member punya la bagi can kat kami dua org duduk berdua dlm panggung tu tapi apa dah jadi..."macam tunggul kayu aku ni". Bercakap pun tak, sampai nak gerakkan badan pun tak berani takut tersentuh. Tau tak 'boyfriend' aku ni agak nakal sikit.., dipijaknya kaki aku menyebabkan aku terkejut dan menjerit tapi mujurlah tak kuat suara aku namun cukup untuk didengari oleh membernya yg berada di barisan hadapan kami. Apa lagi, esok kat sekolah jadi bahan cerita dan gurauan la jawabnya. Alahaiiii..., malunya aku. Kenapalah aku penakut sampai camni sekali. Tak romantik langsung. Nak pi mana2 pun mesti nak kena berteman, tak ada privacy langsung. 
Lama2 boyfriend aku pun dah mula bosan sebab dgn lelaki lain yg satu kelas dgn kami aku tak malu berbual. Dia dah rasa 'jeles' sangat bila tengok aku dgn sorang mamat ni terlalu rapat berkawan. Mamat ni aku dah kenal sejak aku tingkatan satu lagi tu la yg kami baik tu. Akhirnya bermulalah episod "curang"... Boyfriend aku dah berlaku curang kat belakang aku.....waaaaaaaa!!!!!! Bila dah kantoi barulah nak hantar surat perpisahan atau lebih romantik surat 'minta cerai' dgn aku...Prannnggggg!! Belahlah, ada aku kisah...
Dalam tak kisah tu aku ada juga rasa sedikit rasa frust..., sikit aje tau. Aku sakit hati pada exboyfriend aku ni lalu aku pun potong rambut aku yg panjang mengurai hingga ke pinggang ni hingga pendek sampai ke tengkuk. Padan muka dia.., aku nak buang kisah cinta aku dgn dia bersama rambut aku ini sebab dia suka sangat akan rambut aku yg panjang. 
Bila rambut aku dah pendek.., perwatakkan aku pun dah jadi berubah. Aku jadi lebih berani, lincah, daring dan agak nakal....hahahaha!!! Satu perubahan yg begitu drastik. Terima kasih pada si botak yg merangkap exboyfriend aku tu. Bila dah jadi macamni aku dah mula berani bermain mata dgn lelaki dari kelas lain. Uishhh..., handsome you... Aku minat kat dia ni masa aku tingkatan empat lagi dan dia ni senior aku.Masa ni kan aku masih pemalu dan penakut. Tak sangka masa aku dah tingkatan lima dia akan datang mengulang semula ke sekolah ni (tak lulus SPM la tu)..tapi tak kisahlah janji memenuhi cita rasa aku. Tak sangka pula dia bagi respon kat aku.....wowwwww.. bestnya...!!
Entah tang mana silapnya tiba2 si exboyfriend aku ni nak balik kat aku. Dia nak balik sangat2 siap bagi surat mohon kembali lagi...Pilihan telah diberi olehnya. Andai aku terimanya kembali, simpanlah surat itu di dalam poket baju sekolah aku dan seandainya aku tak dapat menerimanya kembali...., koyakkan saja surat itu di hadapan matanya. Ohooiiiii.., apa aku nak buat ni. Pada siapa harus aku beri "hati dan cinta" ini (cehhh...dok beremosilah pula)...Aku tertekan dan dalam keadaan serba salah... Yang sorang memang aku dah kenal sangat sebab bekas exboyfriend aku dan sorang lagi lelaki yg memenuhi cita rasa aku tapi aku tak tau sejauh mana hati budinya pula. Surat yg diberi exboyfriend aku masih di tangan. Keputusan harus dibuat segera.... Siapa yg harus aku pilih... Yoooooouuu.., nak tau sapa? Inilah cinta monyet so tunggu episod seterusnya di dalam blog yg akan datang....
FOLLOW YA BLOG AKU NI.....





Thanks For Reading :)

Saturday, December 18, 2010

~~ Boring Giler ~~

Kelmarin balik aje dari kerja, aku dah mula terasa boring. Selalunya bila balik, anak aku Ayu dok tunggu aku kat kerusi rotan sambil menonton TV. Mendengar celotehnya yg meleret2 sudah menjadi kebiasaan aku. Tapi dah dua hari aku sepi dr itu semua. Hanya sms darinya aje yg menjadi teman aku.
Nak tau anak aku pi mana... Apa lagi ikut auntie (umi) dan uncle (abah) dia balik Kelantan. Dah lama sangat dia tak ikut diorang balik sana. Cik abang aku pula keluar kerja dari pagi sampai malam baru balik. Mungkin malam ni dia tak balik sebab pagi tadi sebelum pi kerja ada cakap nak tidur rumah mak dia. Dengan sapa aku nak berceloteh so kat sini ajelah tempat meluah perasaan.
Nasib baiklah aku dah ada blog, boleh juga dok merapu kat sini. Blog ni pun anak aku yang tolong buatkan. Nak harap aku buat sendiri.., memang aku tak tau apa2 pun. FB pun dia yg buat juga. Budak2 la ni bukan macam dulu.., semua depa dah tau. Aku nama aje kerja kat office... Beradap depan komputer tu dari pagi sampai time nak balik kerja tapi apapun tak tau. Yg tau tentang bab2 kerja ajelah....
Mujurlah esok anak aku dah nak balik dari Kelantan sebab auntie dan uncle dia dah nak kerja hari Isnin ni. Tak taulah apa yg dia dah belikan utk aku. Tadi sms cakap dah beli baju sekolah dua pasang. Harap2 dia balik awallah esok taklah aku terus rasa boring macam ni....
Thanks For Reading :)

Friday, December 17, 2010

~~ Kisah Boyfriend2 Aku ~~

Gambar aku yg cute masa dulu2... 
(hahaha dok perasan tak habis aku ni)

Hahaha...., inilah satu cerita (masa ni aku tak kahwin lagi) kenangan yg kelakar tentang boyfriend2 aku yg aku sendiri tak serius berkawan dgn mereka pun... Saja seronok2 berkawan masa tu, nak menambah koleksi konon...kahkahkah...Macam koleksi boneka la pulak...!!!
Masa ni aku baru habis sekolah dan pi kerja di sebuah kilang tutttttt... (rahsia). Masa ni memang enjoy habis la, tak payah nak pikiaq pasal pelajaran dah. Mula2 aku rasa macam tak boleh kerja lama kat kilang tu tapi bila dah kenal ramai org kat situ dan bila dah ramai yg dok nak tolong aku buat kerja, aku pun dah mula suka.
Bermulalah perkenalan aku dgn "boyfriend2" aku ni. Hahak..... Yang pertama kawan2 perempuan yg dah kerja lama tolong peringatkan yg itu 'Buaya Darat'. Wowww..., ada buaya darat dlm kilang laaaa... Orgnya tak berapa handsome tpi macam Allahyarham P.Ramlee kata.."Lawa Tiada, Manisnya Ada"... Mula2 dok mengorat aku dr jauh aje lama2 dah berani mai dekat tolong aku buat kerja. Dupdapdupdap.., jantung aku berderap. Mengapa ya? Aku tak mau layan debaran tu, biar dia pi jauh2.....
Si mamat kedua kerja satu production juga. Aku tak minat langsung kat dia tpi buat2 suka. Aku jahat sungguh masa tu, nak tau mengapa... Sebenarnya si mamat ni member aku suka. Tak tau la tang bahagian mana si mamat ni yg member aku berkenan. Dgn kurusnya dan tak handsome...hahaha... Jahatnya aku kata kat org macam tu. Macam la aku ni segak sangat...hehehe... Alkisahnya aku pi tolong sampaikan pd si mamat tu yg member aku ni suka kat dia tpi dlm masa yg sama aku pun bgitau yg aku suka kat dia...
Oleh kerana si mamat tu memang dok mau kat aku maka dia pun reject la member aku tu... Uishhhhh.., jahatnya aku kannnn!!!
Si mamat yg ketiga pula kerja kat bahagian lain cuma dia dpt kenal aku kerana sering menghantar barang. Orangnya macam "mamak" sikit (handsome) badan steady dan agak tinggi juga. Macam ni padanlah dgn aku yg comel ni..kuakuakua, perasan habis masa ni. Sebenarnya aku yg mula usik dia, suka sembunyikan barang yg dia mai hantar. Lama2 dia pun dah suka kat aku dan adalah dua tiga kali kami dah keluar makan, pi tengok wayang bersama. Aku pun rasa macam aku dah suka kat dia.... Romantik tapi tak pernah ambil kesempatan pun. Sendiri mau ingatlah....hahaha...
Nak jadi cerita satu hari tu masa nak balik kerja (masa ni aku kerja pagi), ketiga2 mamat ni buat Overtime. Aku macam biasa la cari bas kilang yang selalu aku naik masa nak balik tu. Aku pun duduk kat tempat yg biasa aku duduk dlm bas tu bersama seorang kakak. Entah macam mana dlm dok bersembang2 dgn kakak tu aku pun pandang keluar kat tempat parking motor. Alamakkkkkk..!!! You know what..!!??
Makkkkkkk...ketiga2 org mamat tu dok ada kat situ dok bersembang sambil pandang ke arah aku di atas bas... Aku jadi tak tentu arahlah masa tu. Apa aku nak buat lagi,  terus tak berani nak pandang ke arah mereka dah. Kakak yg duduk dgn aku tanya kenapa. Nasib baik kakak tu sporting gila, maka aku pun bgitaulah secara ringkas. Kakak tu pun ketawakan aku sambil berkata.." Itulah kawan ramai2 sangat, kalau kantoi baru tau... Lain kali kalau nak kawan ramai2 jgn cari satu tempat kerja.." Aku pun tersenyum kambing ajelah jawabnya masa tu...
Aku tak pandang langsung dah ke arah mereka sampailah bas kilang itu bergerak meninggalkan kawasan kilang. Sejak tu aku lebih berhati2 takut terkantoi. 
Inilah sedikit sedutan cerita tentang boyfriend2 aku di mana salah seorang dr mereka akhirnya telah menjadi suami aku... Nak tau siapa......?? Tunggulah cerita selanjutnya....
SO APA LAGI....,  FOLLOWLAH AKU PUNYA BLOG, OK....

     Gambar aku semasa berinai dulu 
    (nak kahwin dah)


Thanks For Reading :)

Thursday, December 16, 2010

~~ Waaa...!!! Sakitnya ~~

Dah hampir seminggu aku menahan siksa ini.. sakit gigi..!! Adushhhh... nak buat camna??
Dah macam2 ubat aku telan tapi sakit tu tetap mai balik. Entah bila baru nak boleh pi cabut gigi ni. Dok asyik sakit aje..Waaaaaaa.........!!!! Cepatlah baik..
Kat pejabat tension gila jadinya. Silap sikit nak cepat melenting aje. Ada2 aje yg tak kena. Yang jadi mangsa 'si hero hongkong' tu la jawabnya (gelaran tuan punya badan yg bubuh sendiri tpi orgnya "jauh semanggang dr api", tak handsome langsung)...hahahaha.... Dlm dok sakit pun sempat nak ketawakan org lagi..hehehe...
Ni dok tengah tahan sakit la tpi masih sempat dok berblog lgi.., nak melepaskan perasaan yg tak mau terlepas2 lagi ni..aduishhhhh, sakitnya. Baru lepas makan ubat aje ni...
Bru ni sakit pasal gastrik, tak sempat nak sembuh betul mai lagi teruk punya penyakit. Apa la punya nasib badan. Tension, tension.... Sakit pasal gastrik tak apa lagi dr sakit gigi ni.... Gila, mau satu badan rasa merana dek menahan kesakitannya..
Minta2 cepatlah hilang sakit gigi ni, tak sabar nak pi cabut dah. Biar segala kesengsaraan menahan sakit ni pergi bersama gigi yg dah tak boleh guna tu..!!! Buat apa dok pi simpan lagi kalau dah tak berguna kan, menyiksa badan aje... Kalau boleh buat modal berniaga tak apalah juga, ni tak...hahaha. Ketawa lagi..!!!
Gigi oh gigi, cepatlah hilang sakitnya. Kepala otak aku pun dah naik biul, bingung kerana penangan engkau. Apasalah engkau tak mau luruh macam tu aje kalau dah tak boleh guna, kan senang. Tak payah dok sakit2 dah!!!
Alahaiiii, terpaksalah tunggu sampai engkau sembuh wahai gigi. Masa tu aku tak mau tunggu lama2 dah. Nak pi cepat2 cabut itu pun kalau aku tak kerja la masa tuuuuuu... Minta2 camtulah.
Itulah alkisahnya diri aku yang kini sedang menanggung siksa menahan kesakitan. Mudah2an akan menjadi pedoman pd yg baru2 nak berjinak merasa sakit gigi hahaha.... Aduishhhhh..!!!

Thanks For Reading :)

Tuesday, December 14, 2010

~~ BFF CREW 2010 ~~

Bff Crew.., itu nama khas buat enam orang anak gadis yg menuntut dlm Darjah 6 SKBA 2010. Syaza, Syafiqah, Ayu, Aziah, Aina dan Nieza. Mereka telah ditakdirkan utk menjadi sahabat yg sangat setia kawan dan memang itu yang aku harapkan selama ini. Aku menyayangi kesemuanya spt anak aku sendiri. Ayu bertuah kerana mendpt sahabat spt ini dan aku juga bertuah kerana dpt mengenali mereka. Tahun ini merupakan tahun terakhir mereka belajar di sekolah yg sama.



Misz Aja atau diberi gelaran "Syaza De' Cleverest" merupakan crew yg paling sulung. Seorang yg comel, berkaca mata, kelakar, sporting dan agak sensitif. Ada ketikanya dia akan menjadi seorang yg pendiam. Mendpt 5A dlm UPSR dan akan melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Dato Onn Butterworth.


Cik Pqah yg manis diberi gelaran "Syafiqah De' Genius juga merupakan seorang yg agak kelakar, sedikit gila2, sporting dan ada kalanya menjadi seorang pendiam. Juga berkaca mata merupakan sahabat yg disenangi rakan kerana suka berkongsi masalah dan berkongsi ilmu. Mendapat 5A dlm UPSR dan akan melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Agama Al-Irshad.


Diberi gelaran"Idayu De' Intelligent" atau Sys Idayu yg cute ini merupakan rakan yg agak gila2 juga, kelakar, banyak cakap, sporting dan agak sensitif. Merupakan seorang crew yg cukup kuat berangan. Menddpt 4A & 1B dlm UPSR dan akan melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Dato Onn Butterworth.


Ma'am Aziah atau "Aziah De' Brilliant" merupakan Leader Bff Crew yg comel dan paling kelakar. Banyak cakap, sporting, gila2, sensitif dan adakalanya akan menjadi seorang yg amat pendiam. Dia layak menjadi leader sebab walaupun kelakar dia juga seorang yg tegas dan berani. Mendpt 5A dlm UPSR dan akan melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Agama Al - Irshad.



Crew kelima, "Aina De' Smartest" atau Adeq Aina yg cute juga seorang yg kuat berangan. Kelakar, gila2, sporting dan sensitif. Seorang yg cute dan agak manja. Mendpt 4A & 1B dlm UPSR juga akan melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. Dato Onn Butterworth.


Akhir sekali dan paling bongsu dan cute Baby Nieza atau "Nieza De' Brainy". Juga seorang yg gila2, kelakar, sporting dan sensitif. Antara Bff Crew, dia merupakan crew yg paling aktif dlm sukan. Walaupun keputusannya tidak begitu memuaskan tapi dia merupakan crew yg paling hebat kerana berjaya mewakili sekolah dlm pertandingan hoki. Inilah kelebihan yg ada pd dirinya. Mendpt 2A, 2B & 1C dan akan melanjutkan pelajaran ke Sek. Men. St. Mark Butterworth.


Tahun 2011 dan seterusnya akan merupakan tahun yg lebih mencabar buat semua Bff Crew. Harapan aku agar semua anak2 aku ini akan beroleh kejayaan dlm hidup mereka dan perhubungan antara mereka semua tidak akan berakhir begitu saja. Jadilah Bff Crew yg "Setia Kawan" dan akan saling mengingati antara satu sama lain walau di mana jua berada. Hanya doa dan air mata ini yg akan membuktikan bahawa aku amat menyayangi kalian semua.

Thanks For Reading :)

Sunday, December 12, 2010

~~ Sudah Hampir Masakah Buatku ~~

Dah hampir seminggu aku menahan kesakitan ini. Kenapa..? Sebelum ni tak pernah melarat sampai camni. Paling lama pun dua hari. Makan ubat, hilanglah....
Kesakitan ini berulang, berulang dan terus berulang... Sakitnya macam dah nak habis nyawa. Pi klinik ambil ubat, makan tapi tak mau juga hilangnya. Dalam tidur pun aku akan dapat merasakan  kesakitan tu.
Kenapa, dah nak sampai masanya dah ke? Dah nak mati ke aku ni? Pertanyaan itu sering berlegar di kotak fikiranku, tapi orang cakap semakin kita ingat nak mati, semakin lambatlah jawabnya ajal datang.
Uhhhh..., apa harus aku buat? Nak pi klinik lagi dah rasa malas. Naik fedup...!! Aku dah cuba cari punca kesakitan ni. Aku rasa penyakit 'gastrik' aku dah datang balik malah lebih serius dari yang dulu. Mestikah aku merujuk pada doktor pakar. Patutkah aku pergi dapatkan rawatan di hospital? Mestikah aku mendapatkan suntikan semula? Waaaaa...., tak mau aku!! Tak mau pi hospital, takut kena tahan pula.
Aduhhh...!! Terasa sesuatu menusuk ulu hatiku. Menyesakkan nafas aku. Sakitnya..!!! Mak, tolong aku...
Ohhh, mak dah tak ada, jadi pada siapa aku nak mengadu.
Biar.., biarlah aku tanggung sorang2 kesakitan ini. Kalau ditakdirkan aku akan mati kerana sakit ini, aku akan reda. Apapun apa yang aku harapkan, aku dapat melihat dulu kejayaan anak2 aku di dalam kehidupan mereka. Aku mahu melihat kejayaan dan kebahagiaan anak2 ku dalam senyuman yang penuh bermakna. Biarlah aku dapat pejam mata meninggalkan segala yang aku sayang dalam aman....

Thanks For Reading :)

Saturday, December 11, 2010

~~ Anual Dinner or Anual Lunch ~~

Klmarin 10/12/2010 kat office ada buat Anual Dinner...opsssss...maksud aku Lunch. Lawak sbb uar2kan pd company lain nak buat anual dinner konon sbb nak dptkan sponsor hadiah utk cabutan hadiah bertuah. Hahaha...Tpi oklah.., not bad..
Buatnya bukan waktu rihat sbb boss jepun kami tu sporting hbis, bgi buat awal dlm pkul 11.30am. Maklumlah bgi menghormati staff2 lelaki dia yg beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Yang bestnya, masa nilah bru nak kalut buat persiapan nak susun hadiahlah, nak print no lah (no nak lekat kat hadiah), guntinglah pula. Eeeee...aku pun terlibat sama dlm kekalutan ini. Uhhhh..!!!
Tibalah msa utk mkn, berderet2lah staff lelaki beratur utk mengambil mkanan. Dulu apa2 pun org akan ckp "..ladies first.." tpi skrg tak dah. Tak apalah kami yg perempuan beralah, bgi can sbb depa nak pi sembahyang.
Wow...., dlm sibuk2 tu tiba2 kedengaran suara boss jepun kami buat ucapan.Yg syoknya boss ada sebut pasal kenaikan gaji. Yeyeyeye....., klau btul kan best.
Alamak.., sapa pula yang pasang lagu ni. Aku cangak sana, cangak sini.., sapa ya? Ooooo..., memang gila. Rupanya boss jepun tu yg pasang. Sentimental habis, jiwang lorh... Makan sambil mendengar lagu, yup..!!
Nasi tomato, ayam masak kari seketul, udang masak cabai 3 ekor, nugget 2 ketul, dadih berperisa mangga dan milo ais. Slurpppp, erkkk....kenyang.
Masa ni, cabutan no bertuah yg dok tunggu2 dah tiba. Berbaris lagi utk cabut no tpi macam tdi juga, staff lelaki dulu. Waaaaa.., nayalah camni. Nasib tak baik, kamera yg menjadi idaman tak dpt kat aku. Sorang2 cabut no, bersorak, bertepuk tangan, booooo. Macam2 bunyi yg kedengaran dan aku pun segera mencapai handphone dan snap sana snap sini. Jadi "camera women" yg tak berbayar lah pula aku masa tu. 'Madam' suruh ambil gambar tpi dah pesan jgn masukkan dlm facebook. Hahaha... takut la tu...
Tiba2... sorakan yg kuat diiringi dgn tepukan gemuruh, knp..? Wah!!  'Ane' dah dpt kamera tu, frustnya aku.
Buat camna, dah nasib. Adik 'macho' aku pun frust gila sbb hanya dpt voucer, tpi oklah, seratus ringgit tu. Tiba giliran aku pula. Aku kerling ke kanan, tengok hadiah apa yg tinggal. Kebanyakkannya periuk nasi, dapur memasak, coffee maker dan gelas. Hadiah yg memang sangat sesuai utk org perempuan..waaaaaa... Tak adil..!! Aku mengocak kotak cabutan, ambil dan buka. Uhh, no 19, brg apa ya. Coffee Maker rupanya, ok lah tu. Cash money pun dpt juga.
Staff lelaki Islam dah beredar utk menunaikan solat Jumaat. Staff perempuan yg tinggal kena menyimpan la pula. Aku bedal apa yg tinggal utk dibawa pulang. Orang ckp "..rezeki jangan ditolak.." kan.
Dinner.., opps skali lagi. Lunch yg tak seberapa sangat ni dikira meriah jugalah. Nampak semua staff macam enjoy walaupun memo dr Head Office tlh keluar mengatakan tahun depan mungkin dah tak ada dinner or lunch camni.  Walau apapun keputusan yg telah dibuat, kena terima ajelah. Tahun 2010 dah nak berakhir, tapi harapan tetap ada agar kemeriahan yg lebih meriah akan menanti kami di masa hadapan.

Thanks For Reading :)

Thursday, December 9, 2010

~ Sehari Dalam Kesedihan ~

07/12/2010 merupakan hari yang menggembirakan semua umat Islam kerana menyambut tahun baru iaitu Awal Muharam (Maal Hijrah) tapi ianya tidak terjadi pada diriku.
Sejak kelmarin hati aku sayu sangat, sebak, resah dan ingin sekali aku menangis sepuas2 hati. Aku bingung memikirkan akan nasib aku yg sentiasa dirundung malang. Kebahagiaan yg aku inginkan tak pernah kekal lama bagai pepatah kata..." ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"...
Pada siapa ingin aku adukan, pada siapa harus aku kongsikan dan pada siapa patut aku luahkan segala kedukaan di hati ini..? Tanpa aku sedar, air mata akan mengalir di pipi.., cepat2 aku usapkan agar tidak kelihatan pada sesiapa. Namun ada mata yang memandang, ada mata yang melihat dan ada mata yang perihatin di atas kedukaan aku ini. Hanya dia yang sering melihat kedukaan aku namun apa yang dapat dilakukannya. Hanya pertanyaan yang tiada jawapan yang sering dimilikinya.
Aku tak mahu berkongsi kedukaan ini dengan sesiapapun. Biarlah ini semua menjadi nadi kedukaan buat aku abadikan hingga ke penghujung hidupku. Biarlah segala tangisan ini akan menjadi kolam yang tak akan kering airnya walaupun pada musim kemarau. Dan biarlah hanya Allah yang mengetahui akan nasib aku ini walaupun aku tahu segala yang baik itu datang dariNya dan kedukaan ini adalah datangnya dari.......

Thanks For Reading :)

Wednesday, December 8, 2010

TAAZ Designer !

hey hey ! wanna to know how to make ur picx look nice like this ; 

Before >


After >

dont forget to visti the 'TAAZ designer' okay. thats all. bye bye !

Thanks For Reading :)

Thursday, December 2, 2010

~ Honey Chinone & Elvis Presley ~

~ Honey Chinone & Elvis Presley ~

Thanks For Reading :)

~~ IbU AdaLaH SEGaLaNYa ~~

Pada hari ini bertarikh 2hb Dec 2010 genaplah sudah 6 tahun pemergian Ibu yg sangat aku sayangi. Aku masih ingat akan segala tunjuk ajar yg ibu berikan pd aku.... memasak tapi tak semua yg aku dpt lakukan spt ibu.
Aku paling suka makan gulai ikan kering, sayur geti masak lemak, pajeri nenas, sambal tomis udang dsbgnya yg ibu sering masak. Kuih muih jgn ckp la, apa yg ibu tak tau buat. Semuanya ibu boleh..,kuih kuaci, kuih lapis, pulut udang, bengkang kacang, cucur badak, karipap, cucur keria, capati, roti canai, kuih2 moden... Uhh..,semua ibu boleh buat.
Ini adalah antara makanan kegemaran ayah. Ayah kalau ibu tidak masak, mukanya akan masam mencuka sepanjang hari,hahaha...
Mmmmm.., terasa rindu sangat aku akan masakan ibu. Ibu memang pandai sangat memasak, tak ada bandingannya. Itu pasti!!!
Kekadang terasa menyesal di hati ini...,bukan kekadang tapi "memang aku sangat menyesal" kerana tidak belajar bersungguh2 dr ibu. Kalau tidak aku dah boleh berhenti kerja dan membuka kedai makan sendiri..hehehe..
Aku juga menyesal kerana telah banyak melukakan hati ibu. Tapi itu semua bukannya niat ku. Allah jua yg mengetahui segalanya di atas apa yg telah terjadi.
Ibu, masih dpt ku bayangkan di saat2 akhir kau akan meninggalkan aku. Pagi raya 2004, ketika aku mengunjungimu, ketika aku mahu mengucup tanganmu utk memohon keampunan, wajahmu terpancar satu sinar yg bercahaya yg tak pernah aku lihat. Wajahmu yg diiringi dgn senyuman cukup berseri pd saat itu. Aku tak dpt berkata2 atau bercerita pd sesiapa ketika itu. Aku kelu.....
Malam sebelum ibu pergi meninggalkan kami semua, aku telah bermimpi gigi atas aku telah luruh. Berdegup jantung aku ketika itu. Aku tak mahu membayangkan sesiapapun. Astagfirrullahalazim.... Malam esoknya aku mendapat tahu ibu dimasukkan kehospital. Menggigil aeluruh tubuh aku, aku menangis walaupun ketika itu ibu masih dirawat.
Tiba di hospital aku sentiasa berada di sisi ibu yg telah tidak sedarkan diri. Tak mahu aku berenggang dgn ibu, tak mahu... Kupandang wajah ibu.., ingin ku bisikkan di telinganya ketika itu yg aku sangat sayangkannya.
Akhirnya ibu tak dpt lagi bertahan untuk meneruskan hidup ini. Ibu telah meninggalkan aku dan semua yg menyayanginya. Masih terdengar lagi di telinga aku teriakkan dan tangisan adik lelaki tunggal aku. Kesian dia...., kesian ayah.... Ayah telah kehilangan teman untuk berkongsi segala suka duka hidup ini.
Sebelum ibu disemadikan, aku menatap wajahnya. Wajah ibu sangat tenang, spt orang sedang 'tidur'. Di wajahnya tiada kedukaan, cuma yg aku nampak sinar kebahagiaan spt mana yg aku lihat di kala aku mahu memohon ampun darinya.
Ibu, aku akan sentiasa mendoakan agar dikau aman dan damai di 'sana' di samping orang2 yg beriman... dan ayah, aku akan sentiasa menjagamu selagi hayat dikandung badan kerana sesungguhnya aku juga sangat menyayangimu.... Amin

~ Percintaan Yang Kekal Selamanya ~

Thanks For Reading :)

Wednesday, December 1, 2010

~ AnDaI SuDAh TeRTuLIS ~

Ku pasrahkan segalanya padaMU Ya ALLAH. Aku redha andainya telah kau takdirkan dia menjadi milikku. Andai telah tertulis juga aku miliknya yang abadi, aku rela.
Andai kata dia yang terbaik untukku, aku bersyukur padaMU. Andai kata segala kekecewaan aku selama ini KAU gantikan dengan rasa indah ini sudah semestinya aku redha Ya ALLAH.
Aku pasrah segalanya, pasrah atas segala yang telah KAU takdirkan untukku. Biarlah rasa ini terus harum mewangi di dalam hati ini. Biarlah segalanya menjadi segudang rindu yang hanya dia yang tahu.

Thanks For Reading :)