Saturday, October 30, 2010

Doa Selamat...

Gambar Ayahku Sewaktu Mudanya Dalam Askar
(masa ni ayah belum kahwin lagi)             

Klmarin dlu 29hb Okt 2010 (Jumaat), genaplah umur ayahku 80 tahun. Esoknya pula 31hb Okt (Ahad) akan diadakan kenduri doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan ayahku. Org masjid, keluarga, jiran dan rakan2 tlh dijemput ke rumah.
Esok akan menjadi hari yg sibuk buatku. Bnyk yg perlu aku lakukan bgi memastikan kenduri doa selamat ini akan menjadi lancar. Biar letih dan penat, namun aku juga akan pastikan ayah merasa puas hati. Biar ayah sentiasa tersenyum.
Dlm saat2 begini entah mengapa aku terlalu merindui arwah emak. Aku merasakan kehadiran emak di mana saja aku berada.Mungkin arwah emak mengharapkan aku dpt membahagiakan dan menjaga ayah sptmana arwah menjaganya dahulu. Mungkin arwah juga ingin menyampaikan pesanan yg aku sendiri tidak pasti apakah ianya. Emak, walau apapun yg ingin kau sampaikan, aku sbgai seorg anak akan tetap menjalankan tanggungjawab utk menjaga ayah dgn sebaik2nya. Aku akan memastikan agar ayah akan sentiasa dikelilingi anak2nya selagi hayatnya masih ada. Itu janji yg akan aku cuba sedaya upaya tunaikan.
Ya Allah, Kau berilah kekuatan pdku utk melunaskan tanggungjawab dan amanah yg tlh diberikan ini. Bantulah aku menjadi anak yg soleh dan sentiasa diredhai oleh Mu. Sesungguhnya aku ingin menjadi anak yg sentiasa mengenang jasa dan anak yg akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya dunia dan akhirat.....

Ayah Bersama Arwah Emak
(kedua2nya amat aku sayangi)

Thanks For Reading :)

Sunday, October 24, 2010

Ulang Tahun Ayah Ku...




29 hb Okt ni genaplah umur ayah ku 80 tahun. Aku dan saudara yg lain telah merancang utk meraikannya dgn membuat kenduri doa selamat. Keceriaan terbayang di wajah ayah. Ayah mula merancang apa yg patut dibuat utk meraikan tetamu yg akan dtg kelak. Hanya saudara yg terdekat, jiran2 dan org2 masjid yg diundang. Ayah, aku tahu saat spt ini yg kau selalu nantikan..., dpt berkumpul bersama anak-cucu dan juga cicit. Di saat ini aku akan terkenangkan arwah emak yg tlh hampir 6 tahun meninggalkan kami semua. Rindu sangat..... Kesian arwah emak kerana tidak berkesempatan langsung menyaksikan cucunya berkahwin. Semasa ayah pergi ke Mekah pun emak tidak sempat melihatnya. 02 hb Dec 2004 emak meninggalkan kami manakala ayah pula ke Mekah pd 28 hb Dec 2004.
Aku tahu ayah juga rindukan emak sebab itu bila kakak aku yg sulung mengajaknya tinggal bersama, ayah ku enggan. Ayah masih dpt merasakan kehadiran arwah emak di rumah yg didudukinya skrg. Aku juga masih dpt merasakan yg arwah emak masih berada di situ. Kelibatnya, suaranya, sentuhannya masih terasa......
Ayah, aku tahu akan perasaan mu namun itulah hakikatnya..., isteri mu telah tiada. Isteri mu adalah emak yg telah melahirkan aku ke dunia ini.
Ayah, aku harap ulang tahun kau kali ini disambut dgn mendapat keberkatan dr Allah dan harapan ku agar kau akan sentiasa ceria, sihat dan dijauhi dr rasa kesunyian dlm hidup ini....


Thanks For Reading :)

Hidupku...

Hidupku penuh dengan kenangan......, kenangan yg penuh dengan cerita, derita, sengsara dan kecewa. Namun ketabahanku membuatkan aku masih lagi di sini, meneruskan perjalanan dengan penuh tabah untuk menghadapi dugaan dan tohmahan.
Perjalanan hidupku ini masih belum pasti di mana penghujungnya, namun aku mesti meneruskan jua....
           Jika Hari Sejernih Air..., Jangan Biar Ia Keruh...
           Jika Hati Seputih Awan..., Jangan Biar Ia Mendung...
           Jika Hati Seindah Bulan..., Kekalkan Ia Dengan Iman...

Thanks For Reading :)