Tuesday, December 13, 2011

" Kenapa.... terkejut"

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua... Hahaha beradatlah pula aku ini ya.
Tentu ada yg hairan kemana perginya cerita2 aku sebelum ni kan... Menyusahkan sbb org
suka dok tanya. Aku memang suka berilusi tentang sesuatu sbb aku memang minat menulis
cerpen tapi org salah nilai. Ianya tak ada kena mengena samada dgn yg hidup mahu pun mati.
Macam drama2 kat TV tu, semua tu kebanyakkan rekaan semata2. Semuanya saja hendak
membuatkan keadaan lebih suspen dan dramatik. Kalau ada sapa2 yg berminat nak terbit
drama2 air mata, akulah orgnya yg dicari. Tapi tulah, tak ada org yg kenal pun. Ni kalau
Rosyam Nor jumpa aku dan tau aku boleh tulis cerita2 macam ni, mesti dia suka punya. Aku
berlakun pun boleh, kat ceruk dapur..hahaha...
Aku sebenarnya dulu cita2 nak jadi penyanyi tapi arwah mak aku tak suka. Mak aku lebih
suka kalau aku masuk pertandingan mengaji Al Quran. Katanya suara aku sedap..hehe..
perasanlah pula. Bukan tak ada orang yg nak bawa aku pergi KL masa dulu tu, pi nyanyi
kat sana. Adaaaaaa, cikgu aku.... Dia selalu suruh aku menyanyi dalam kelas masa dia mengajar.
Bukan dia saja, cikgu yang lain pun macam tu juga sehingga aku dah kerja pun rakan2 aku suka
suruh aku nyanyi. Aku pernah masuk pertandingan Karaoke dan dpt tempat ketiga. Oklah tu
kan... Aku ni kalau cakap bab2 macam ni memang suka sangat.., minatlah katakan..
Oh ya.., nanti aku akan cerita lagi apa kesukaan aku selain dari menyanyi.. Ok chau dulu....
Thanks For Reading :)