Saturday, October 30, 2010

Doa Selamat...

Gambar Ayahku Sewaktu Mudanya Dalam Askar
(masa ni ayah belum kahwin lagi)             

Klmarin dlu 29hb Okt 2010 (Jumaat), genaplah umur ayahku 80 tahun. Esoknya pula 31hb Okt (Ahad) akan diadakan kenduri doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan ayahku. Org masjid, keluarga, jiran dan rakan2 tlh dijemput ke rumah.
Esok akan menjadi hari yg sibuk buatku. Bnyk yg perlu aku lakukan bgi memastikan kenduri doa selamat ini akan menjadi lancar. Biar letih dan penat, namun aku juga akan pastikan ayah merasa puas hati. Biar ayah sentiasa tersenyum.
Dlm saat2 begini entah mengapa aku terlalu merindui arwah emak. Aku merasakan kehadiran emak di mana saja aku berada.Mungkin arwah emak mengharapkan aku dpt membahagiakan dan menjaga ayah sptmana arwah menjaganya dahulu. Mungkin arwah juga ingin menyampaikan pesanan yg aku sendiri tidak pasti apakah ianya. Emak, walau apapun yg ingin kau sampaikan, aku sbgai seorg anak akan tetap menjalankan tanggungjawab utk menjaga ayah dgn sebaik2nya. Aku akan memastikan agar ayah akan sentiasa dikelilingi anak2nya selagi hayatnya masih ada. Itu janji yg akan aku cuba sedaya upaya tunaikan.
Ya Allah, Kau berilah kekuatan pdku utk melunaskan tanggungjawab dan amanah yg tlh diberikan ini. Bantulah aku menjadi anak yg soleh dan sentiasa diredhai oleh Mu. Sesungguhnya aku ingin menjadi anak yg sentiasa mengenang jasa dan anak yg akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya dunia dan akhirat.....

Ayah Bersama Arwah Emak
(kedua2nya amat aku sayangi)

Thanks For Reading :)

No comments:

Post a Comment