29 hb Okt ni genaplah umur ayah ku 80 tahun. Aku dan saudara yg lain telah merancang utk meraikannya dgn membuat kenduri doa selamat. Keceriaan terbayang di wajah ayah. Ayah mula merancang apa yg patut dibuat utk meraikan tetamu yg akan dtg kelak. Hanya saudara yg terdekat, jiran2 dan org2 masjid yg diundang. Ayah, aku tahu saat spt ini yg kau selalu nantikan..., dpt berkumpul bersama anak-cucu dan juga cicit. Di saat ini aku akan terkenangkan arwah emak yg tlh hampir 6 tahun meninggalkan kami semua. Rindu sangat..... Kesian arwah emak kerana tidak berkesempatan langsung menyaksikan cucunya berkahwin. Semasa ayah pergi ke Mekah pun emak tidak sempat melihatnya. 02 hb Dec 2004 emak meninggalkan kami manakala ayah pula ke Mekah pd 28 hb Dec 2004.
Aku tahu ayah juga rindukan emak sebab itu bila kakak aku yg sulung mengajaknya tinggal bersama, ayah ku enggan. Ayah masih dpt merasakan kehadiran arwah emak di rumah yg didudukinya skrg. Aku juga masih dpt merasakan yg arwah emak masih berada di situ. Kelibatnya, suaranya, sentuhannya masih terasa......
Ayah, aku tahu akan perasaan mu namun itulah hakikatnya..., isteri mu telah tiada. Isteri mu adalah emak yg telah melahirkan aku ke dunia ini.
Ayah, aku harap ulang tahun kau kali ini disambut dgn mendapat keberkatan dr Allah dan harapan ku agar kau akan sentiasa ceria, sihat dan dijauhi dr rasa kesunyian dlm hidup ini....
No comments:
Post a Comment