Thursday, December 2, 2010

~~ IbU AdaLaH SEGaLaNYa ~~

Pada hari ini bertarikh 2hb Dec 2010 genaplah sudah 6 tahun pemergian Ibu yg sangat aku sayangi. Aku masih ingat akan segala tunjuk ajar yg ibu berikan pd aku.... memasak tapi tak semua yg aku dpt lakukan spt ibu.
Aku paling suka makan gulai ikan kering, sayur geti masak lemak, pajeri nenas, sambal tomis udang dsbgnya yg ibu sering masak. Kuih muih jgn ckp la, apa yg ibu tak tau buat. Semuanya ibu boleh..,kuih kuaci, kuih lapis, pulut udang, bengkang kacang, cucur badak, karipap, cucur keria, capati, roti canai, kuih2 moden... Uhh..,semua ibu boleh buat.
Ini adalah antara makanan kegemaran ayah. Ayah kalau ibu tidak masak, mukanya akan masam mencuka sepanjang hari,hahaha...
Mmmmm.., terasa rindu sangat aku akan masakan ibu. Ibu memang pandai sangat memasak, tak ada bandingannya. Itu pasti!!!
Kekadang terasa menyesal di hati ini...,bukan kekadang tapi "memang aku sangat menyesal" kerana tidak belajar bersungguh2 dr ibu. Kalau tidak aku dah boleh berhenti kerja dan membuka kedai makan sendiri..hehehe..
Aku juga menyesal kerana telah banyak melukakan hati ibu. Tapi itu semua bukannya niat ku. Allah jua yg mengetahui segalanya di atas apa yg telah terjadi.
Ibu, masih dpt ku bayangkan di saat2 akhir kau akan meninggalkan aku. Pagi raya 2004, ketika aku mengunjungimu, ketika aku mahu mengucup tanganmu utk memohon keampunan, wajahmu terpancar satu sinar yg bercahaya yg tak pernah aku lihat. Wajahmu yg diiringi dgn senyuman cukup berseri pd saat itu. Aku tak dpt berkata2 atau bercerita pd sesiapa ketika itu. Aku kelu.....
Malam sebelum ibu pergi meninggalkan kami semua, aku telah bermimpi gigi atas aku telah luruh. Berdegup jantung aku ketika itu. Aku tak mahu membayangkan sesiapapun. Astagfirrullahalazim.... Malam esoknya aku mendapat tahu ibu dimasukkan kehospital. Menggigil aeluruh tubuh aku, aku menangis walaupun ketika itu ibu masih dirawat.
Tiba di hospital aku sentiasa berada di sisi ibu yg telah tidak sedarkan diri. Tak mahu aku berenggang dgn ibu, tak mahu... Kupandang wajah ibu.., ingin ku bisikkan di telinganya ketika itu yg aku sangat sayangkannya.
Akhirnya ibu tak dpt lagi bertahan untuk meneruskan hidup ini. Ibu telah meninggalkan aku dan semua yg menyayanginya. Masih terdengar lagi di telinga aku teriakkan dan tangisan adik lelaki tunggal aku. Kesian dia...., kesian ayah.... Ayah telah kehilangan teman untuk berkongsi segala suka duka hidup ini.
Sebelum ibu disemadikan, aku menatap wajahnya. Wajah ibu sangat tenang, spt orang sedang 'tidur'. Di wajahnya tiada kedukaan, cuma yg aku nampak sinar kebahagiaan spt mana yg aku lihat di kala aku mahu memohon ampun darinya.
Ibu, aku akan sentiasa mendoakan agar dikau aman dan damai di 'sana' di samping orang2 yg beriman... dan ayah, aku akan sentiasa menjagamu selagi hayat dikandung badan kerana sesungguhnya aku juga sangat menyayangimu.... Amin

~ Percintaan Yang Kekal Selamanya ~

Thanks For Reading :)

No comments:

Post a Comment