07/12/2010 merupakan hari yang menggembirakan semua umat Islam kerana menyambut tahun baru iaitu Awal Muharam (Maal Hijrah) tapi ianya tidak terjadi pada diriku.
Sejak kelmarin hati aku sayu sangat, sebak, resah dan ingin sekali aku menangis sepuas2 hati. Aku bingung memikirkan akan nasib aku yg sentiasa dirundung malang. Kebahagiaan yg aku inginkan tak pernah kekal lama bagai pepatah kata..." ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari"...
Pada siapa ingin aku adukan, pada siapa harus aku kongsikan dan pada siapa patut aku luahkan segala kedukaan di hati ini..? Tanpa aku sedar, air mata akan mengalir di pipi.., cepat2 aku usapkan agar tidak kelihatan pada sesiapa. Namun ada mata yang memandang, ada mata yang melihat dan ada mata yang perihatin di atas kedukaan aku ini. Hanya dia yang sering melihat kedukaan aku namun apa yang dapat dilakukannya. Hanya pertanyaan yang tiada jawapan yang sering dimilikinya.
Aku tak mahu berkongsi kedukaan ini dengan sesiapapun. Biarlah ini semua menjadi nadi kedukaan buat aku abadikan hingga ke penghujung hidupku. Biarlah segala tangisan ini akan menjadi kolam yang tak akan kering airnya walaupun pada musim kemarau. Dan biarlah hanya Allah yang mengetahui akan nasib aku ini walaupun aku tahu segala yang baik itu datang dariNya dan kedukaan ini adalah datangnya dari.......
No comments:
Post a Comment