Klmarin 10/12/2010 kat office ada buat Anual Dinner...opsssss...maksud aku Lunch. Lawak sbb uar2kan pd company lain nak buat anual dinner konon sbb nak dptkan sponsor hadiah utk cabutan hadiah bertuah. Hahaha...Tpi oklah.., not bad..
Buatnya bukan waktu rihat sbb boss jepun kami tu sporting hbis, bgi buat awal dlm pkul 11.30am. Maklumlah bgi menghormati staff2 lelaki dia yg beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Yang bestnya, masa nilah bru nak kalut buat persiapan nak susun hadiahlah, nak print no lah (no nak lekat kat hadiah), guntinglah pula. Eeeee...aku pun terlibat sama dlm kekalutan ini. Uhhhh..!!!
Tibalah msa utk mkn, berderet2lah staff lelaki beratur utk mengambil mkanan. Dulu apa2 pun org akan ckp "..ladies first.." tpi skrg tak dah. Tak apalah kami yg perempuan beralah, bgi can sbb depa nak pi sembahyang.
Wow...., dlm sibuk2 tu tiba2 kedengaran suara boss jepun kami buat ucapan.Yg syoknya boss ada sebut pasal kenaikan gaji. Yeyeyeye....., klau btul kan best.
Alamak.., sapa pula yang pasang lagu ni. Aku cangak sana, cangak sini.., sapa ya? Ooooo..., memang gila. Rupanya boss jepun tu yg pasang. Sentimental habis, jiwang lorh... Makan sambil mendengar lagu, yup..!!
Nasi tomato, ayam masak kari seketul, udang masak cabai 3 ekor, nugget 2 ketul, dadih berperisa mangga dan milo ais. Slurpppp, erkkk....kenyang.
Masa ni, cabutan no bertuah yg dok tunggu2 dah tiba. Berbaris lagi utk cabut no tpi macam tdi juga, staff lelaki dulu. Waaaaa.., nayalah camni. Nasib tak baik, kamera yg menjadi idaman tak dpt kat aku. Sorang2 cabut no, bersorak, bertepuk tangan, booooo. Macam2 bunyi yg kedengaran dan aku pun segera mencapai handphone dan snap sana snap sini. Jadi "camera women" yg tak berbayar lah pula aku masa tu. 'Madam' suruh ambil gambar tpi dah pesan jgn masukkan dlm facebook. Hahaha... takut la tu...
Tiba2... sorakan yg kuat diiringi dgn tepukan gemuruh, knp..? Wah!! 'Ane' dah dpt kamera tu, frustnya aku.
Buat camna, dah nasib. Adik 'macho' aku pun frust gila sbb hanya dpt voucer, tpi oklah, seratus ringgit tu. Tiba giliran aku pula. Aku kerling ke kanan, tengok hadiah apa yg tinggal. Kebanyakkannya periuk nasi, dapur memasak, coffee maker dan gelas. Hadiah yg memang sangat sesuai utk org perempuan..waaaaaa... Tak adil..!! Aku mengocak kotak cabutan, ambil dan buka. Uhh, no 19, brg apa ya. Coffee Maker rupanya, ok lah tu. Cash money pun dpt juga.
Staff lelaki Islam dah beredar utk menunaikan solat Jumaat. Staff perempuan yg tinggal kena menyimpan la pula. Aku bedal apa yg tinggal utk dibawa pulang. Orang ckp "..rezeki jangan ditolak.." kan.
Dinner.., opps skali lagi. Lunch yg tak seberapa sangat ni dikira meriah jugalah. Nampak semua staff macam enjoy walaupun memo dr Head Office tlh keluar mengatakan tahun depan mungkin dah tak ada dinner or lunch camni. Walau apapun keputusan yg telah dibuat, kena terima ajelah. Tahun 2010 dah nak berakhir, tapi harapan tetap ada agar kemeriahan yg lebih meriah akan menanti kami di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment